Saturday, June 28, 2008

Cuaca Pasti Berubah Namun Destinasi Perlayaran Tetap Sama ....









Pecinta Kebenaran semua...Setelah 100 hari menempuh badai perubahan iklim politik negara terdorong saya untuk berkongsi pengalaman utuk semua pengunjung laman ini meskipun dibebani tugas pribadi yang padat.
Saya optimis semua pengunjung blog ini mempunyai aspirasi menegakkan kebenaran.
Disingkap situasi Negara ,Tidak banyak beza antara dulu dan kini .
Mungkin yang berbeza di kantor -kantor pemerintah ….Walllahua’lam..

Yang Jelas , Hari ini Di negeri Selangor pada umumnya ruang mengetengah kebenaran lebih terbuka .

Sahabat –Sahabat Yang diraikan sekalian,

Kita perlu menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca politik yang memerlukan perubahan taktikal untuk membuahkan impak yang cemerlang.
Firman Allah ‘Azza wa Jalla :

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri" ( al Fussilat : 33 )

Ingin saya tekankan disini ...........
Kita perlu memperkatakan sesuatu atas dasar kebenaran ( berpandukan sumber yang sahih ) Pandangan setuju atau tidak tentang satu-satu pendirian parti itu bukan petanda yang kita menyokong @ menentang mereka. Kita perlu meganjak kearah pemikiran yang tersusun.

“Kita Tidak boleh jumud, menyokong membuta-tuli .Sokongan kita harus menjurus selagi ianya benar bedasarkan fakta yang sahih.Disinilah kita perlu mempunyai ilmu dan ramai kawan-kawan yang cinta pada ilmu dan kasih mengasihi atas dasar kebenaran. Dan lebih tepat kita perlu berjamaah ( Rujuk Ciri-Ciri Jemaah Islam ... Bacalah Kitab Karangan Al-Syeikh Fathi Yakan dalam bukunya “Bahtera Penyelamat Bagi Para Dua’aah”)

“Kita perlu bersifat objektif kerana kita bukan malaikat yang boleh membuat pemilihan mutlak di atas kebenaran. Ada kalanya boleh jadi betul satu perkara tetapi salah di masa yang lain. Kebenaran boleh menjelma dalam berbagai wajah,”


Dalam masa yang sama kita perlu menganjak paradigma masyarakat berfikir secara objektif.

Masyarakat yang cemerlang adalah komuniti yang berfikiran terbuka dan bebas dari cengkaman fikiran yang mengongkong. Kita perlu bebas berfikir tanpa dipaksa dan dikongkong dan membuat penilaian berdasarkan facts and figures.

Namun Kita perlu ingat kita bukanlah malaikat atau nabi yang maksum. Yang dinamakan insan itu .....terdedah kepada salah dan silap.Lantaran itu saya menyeru bersamalah kita berada dalam satu kelompok sahabat-sahabat yang saling tegur menegur atas fakta kebenaran.Kerana Serigala Hanya Menerkam kambing yang terkeluar dari gerombolannya.

Prinsip Kita perlu jelas
“Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekalipun terpaksa menghadapi teman yang rapat, atau pihak berjasa lagi dikasihi.”

Kita Jangan jadi lembu yang dicocok hidung @ ‘kakak tua’ yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orang ramai atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu.

Kita memerlukan pejuang yang mempunyai ketegasan seperti Imam Ahmad Bin Hambal dan bijak seperti Imam Muhammad Bin Idris AsSyafie dalam menghadapi karenah pemerintah.Seterusnya mempunyai keberanian seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a ketika berhadapan raja Monghul.

Dan Kekadang kita perlu berlari kedepan ketika sahabat lain takut dengan risiko sebagaimana terjadi pada Ibn Tammiyah yang menegur Raja Tartar ketika ulamak lain mengangkat jubah ketakutan.

Sesungguhnya darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah dari darah Pejuang.Cuma Kita terlupa dan Alpa mengasahkan kemampuan diri.

Ayuh ..Sahabatku Bangunlah dari Tidurmu yang lena Dimimpikan dengan tugas harian yang tak pernah sudah dan dihiburkan siaran astro 24 jam @ Dibayangi silap mata sebiji bola yang tidak pasti golnya dipihak kita..Kerana Ketika ini Bangsamu menghadapi cabaran yang sukar difahami..Janganlah Kamu Menunggu sehingga Kamu dikejutkan oleh sahabat terakhir kamu...

Ingatlah...
Jika Kita terlalu mengutamakan kepentingan sendiri, Yang rugi adalah diri sendiri.Kerana harta yang dikumpul , anak-isteri Tidak boleh dibawa kesana ..Yang kekal adalah pengorbanan yang ikhlas Untuk Agama Dan Ummah ( Masyarakat )...

“Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.”(An Nuur : 37 )



Cuaca politik Pasti berubah..Dan yang Pasti dunia ini akan bertambah tenat dipenghujung usia (hampir kiamat...Rujuk Hadist Peristiwa Akhir Zaman Karangan Tuan Guru Fahmi Zam zam)..
MENEGAKKAN KETUANAN MELAYU TIDAK ADA MAKNANYA KERANA POLITIK PERKAUMAN PASTI LENYAP..NAMUN MENEGAKKAN KETUANAN KEBENARAN TETAP AKAN ABADI DUNIA DAN AKHIRAT..

Sejarah Menukilkan... BETAPA BANYAK KERAJAAN YANG HEBAT AKHIRNYA RUNTUH DAN SETIAP detik RAMAI MANUSIA YANG TELAH BERPINDAH KEALAM LAIN..JADI PERLULAH KITA BERTEKAD MENYELONGKAR APA ITU KEBENARAN DAN MEMPEJUANGKANNYA...

Yang Pasti Kebenaran & Kebathilan Itu Jelas Bagi Golongan yang Ikhlas Menyelidiki....

“Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, Kitab apakah Ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang Telah mereka kerjakan ada (tertulis). dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun".( Al Kahfi : 49)



Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya bermula Islam itu dalam keadaan terasing (gharib),dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula.Beruntunglah mereka yang ghuraba’”

No comments: