Thursday, June 5, 2008

MINYAK NAIK :Alasan Bodoh Dari Pemimpin Yang lembab




Minyak Naik 40%.....
Rakyat pastinya dirundung kehidupan rumit. Bermula dari harga minyak, menjalar ke bil eletrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan sara hidup.
Bahana subsidi minyak dikurangkan, Persoalannya keuntungan Petronas yang melimpah tertiris dan bocor kemana? Mengapakah Ditengah Rakyat bekerut menyara kehidupan dan tak kurang yang mengekang perut...Masih Ada Manusia Durjana yang mengaut hasil negara untuk bermewah dengan jet peribadi dan banglo mewah.
Projek Raksasa terus diberi perhatian sedangkan pembangunan sosial Rakyat hanya jadi retorik bermusim

Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun. Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah Projek mega dan Koridor!

Rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan. Kemanfaatannya adalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

Inilah realiti kepimpinan tanpa haluan dengan pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab!

Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.

Kerajaan assobiyah UMNO-BN terbukti mengabaikan tanggungjawab dan membebankan rakyat. Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat.
Lantaran itu ,Kita sebagai Hamba Allah yang yakin pada kebenaran islam perlu bangkit Menegakkan yang hak .Sebelum Allah Menurun kan Bala.

Islam telah meletakkan asas ekonomi manusiawi. Dasar tersebut harus menjurus kapada pertumbuhan segar dan pantas, namun tetap prihatin terhadap kehidupan rakyat.

No comments: