Saturday, May 31, 2008

PEJUANGAN POLITIK KEPARTIAN SENANTIASA BERUBAH !!!



"Negara sekali lagi dilanda isu yang tidak kurang hebatnya. Semua lapisan masyarakat memperkatakan isu ini. Berbagai tanggapan masyrakat. Tidak kurang pula ada yang melemparkan kata-kata nista. Apa istimewanya perjuangan politik kepartian, perkauman atau kerana sokongan terhadap individu tertentu?

Sirah Rasulullah s.a.w telah menceritakan bahawa baginda pernah ditawar pangkat,kekayaan dan perempuan dengan syarat baginda menghentikan seruan dakwah baginda.
Ada satu isu yang hendak dibawa oleh saya untuk tatapan pembaca. Mengapa baginda S.A.W tidak menerima sahaja pangkat yang diberikan. Setelah ada kedudukan lagi mudah jalan yang bakal dilalui. Tidak perlu baginda S.A.W bersusah payah, terpaksa menerima pemboikotan bahkan terpaksa meninggalkan tanah air sendiri. Pasti disitu ada pengajaran yang kita perlu ambil!!!

Baginda S.A.W membawa risalah perjuangan para nabi. Perjuangan baginda adalah mengeluarkan manusia dari kegelapan. Perjuangan baginda didasari wahyu ilahi.

Perlu pembaca pembaca fahami tujuan saya menulis artikel ini.. seperti tajuknya, perjuangan berlandaskan politik kepartian, perkauman sentiasa berubah.. faham apa yang saya hendak bawakan kepada anda??

Kembalilah kepada perjuangan yang sebenar. Perjuangan menegakkan al-Quran dan as-sunnah. Ia tidak akan berubah. Datangkanlah pangkat,kekayaan, perempuan atau apa sahaja, ia akan tetap utuh. Patah tumbuh hilang berganti, satu mati sepuluh menanti.

Kepada semua penyokong dan pendukong Parti Islam Se-Malaysia PAS, pastikan anda faham apa matlamat perjuangan anda. Anda berada di dalam perjuangan bukan kerana pemimpinnya tetapi kerana amanah ilahi yang dipundakan di bahu pimpinan kita dan sudah tentu ia juga amanah kepada kita semua. Fahami perjuangan ini bermula dengan kita mengislah diri kita.

No comments: