Friday, May 30, 2008

TARBIYYAH















“Wahai orang-orang Mukmin! Bertakwalah kepada ALLAH & bersegeralah kamu menuju kepadaNya (ALLAH) melalui wasilah(medium) & berjihadlah pada jalanNya; moga-moga kamu semua beroleh kejayaan” [Ayat 35 : Surah Al-Maidah]
Tarbiah tidak dapat dipisahkan dalam sejarah Dinul-Islam dan kebangkitan kejayaan gerakan Islam. Tarbiah membawa maksud latihan, pendidikan dan pembentukan untuk melengkapkan seorang individu Muslim dengan segala aspek kekuatan rohani, jasmani, emosi, sosial, intelek dan kemahiran. Akan tetapi, Tarbiyah Islamiyah Harakiyyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan, ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.TARBIAH : ELEMEN & KEPENTINGANNYASeringkali terlafaz di bibir oleh setiap ahli pendokong gerakan Islam perkatan “TARBIAH”. Persoalannya: apakah kita memahami ataupun sekurang-kurangnya kita mengenali apa itu “TARBIAH” di dalam konteks harakah islamiyyah..????? Apakah kepentinganya pula..???? Marilah kita sama-sama: tepuk dada,Tanya iman & ilmu kita…Elemen atau rukun bagi TARBIAH ialah :1) Rabbaniah : Mestilah bersumberkan dengan sumber wahyu ketuhanan dan juga berdasarkan kaedah-kaedah yang dibenarkan syara’.2) Syumul & Takamul : Mestilah perlaksanaan aktiviti dan mekanisme program tarbiah tersebut adalah menyeluruh dan saling menyempurnakan dengan memenuhi matlamat fitrah ISLAM sebagai Ad-Din, meraikan fitrah kemanusiaan dan bertepatan dengan senario keperluan dan tuntutan semasa gerakan Islam.3) Bina’ & Ijabiyyah : Mestilah perlaksanaan aktiviti dan mekanisme program tarbiah tersebut berlakunya proses pemeringkatan individu Muslim yang ditarbiah dan jemaah tersebut secara positif dan efektif ke arah pembentukan matlamat ”soleh & muslih”.4) Ukhuwwah & Jamaah : Mestilah perlaksanaan aktiviti dan mekanisme program tarbiah tersebut yang dibuat membentuk semangat persaudaraan dan kekitaan secara kolektif di kalangan ahli gerakan Islam tersebut.Setelah kita menyelami elemen tarbiah, marilah kita mentadabbur (menghayati) kepentingan tarbiah kepada setiap ahli gerakan Islam dalam analogi ini: TARBIAH adalah seperti bahan bakar enjin kenderaan bagi individu Muslim Haraki yang akan melaksanakan Amal Islami, samada gerak kerja dakwah, politik(siasah), ekonomi, kebajikan, dan lain-lain lagi. Tanpa bahan bakar yang sesuai, cukup dan bertahan lama, ia akan menyebabkan nafas perjalanan Amal Islami seseorang individu tersebut tidak bertahan lama dan akan berhenti/mati pada bila-bila masa sahaja.FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN TARBIAH DI ERA PASCA P/RAYA UMUM KE-12Pada pandangan dan pemerhatian secara peribadi, TARBIAH ISLAMIAH HARAKIYYAH mestilah diperkasakan perlaksanaannya dengan mengekalkan asasnya tetapi dianjalkan perlaksanaannya dengan senario kini.1) Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal serta seterusnya mencapai kejayaan ISLAM & gerakan Islam pada masa akan datang nanti. Melalui tarbiahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi. TARBIAH ISLAMIAH HARAKIYYAH yang mempunyai manhaj dan matlamat yang lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses dan perancangannya serta bertetapatan dengan waqi’ (keadaan dan tempat semasa) yang mampu mencapai kejaayaan ini.2) Aktiviti TARBIAH RUHIYYAH / IMANIYYAH mestilah dilaksanakan secara lebih sistematik dan formalti/rasmi serta meluas terutamanya di negeri-negeri yang diberikan mandat oleh Pakatan Rakyat. Ini disebabkan menurut Al-Syeikh Mustafa Masyhur bahawa tarbiyah ini adalah bertujuan bagi pembersihan jiwa yang diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami.Demikian itulah bagi manusia apatah lagi kepada ahli pendokong gerakan Islam. lman yang berada dalam jiwa manusia ibarat roh yang sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW: "Sesungguhnya iman itu boleh lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu." (HR Al Hakim dan At Tabrani)3) Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqah, usrah yangdijadikan sebagai entiti Unit Skuad Kerja Rakyat, pengajian ilmu yang meluas dan fleksibiliti seperti forum perdana, seminar/wacana ummah berkebajikan, diskusi/dialog rakyat, kolokium/jambori perdana yang dijuruskan ke arah matlamat pem

No comments: